Selamat Hari Pekerja !!!
Permulaan 1 May 2006 ni agak tak best sikit sebab first time dlm hidup aku , aku kena tahan dengan polis. Ni mungkin sbb aku terlupa nak baca doa naik kenderaan yg aku selalu baca dgn nana & haziq. Hari ni mama lupalah sayang, coz most probably dah lambat masuk keje. So aku pegi u-turn kat tempat no-entry & just nice ada sebijik waja polis tgh tunggu kat situ. Cinabeng betul, polis tu kasi aku ceramah panjang lebar. Nasib public holiday, takde kete sgt, so takdelah makcik malu ditengok dek penduduk2 kat situ yg passed by. Mungkin sbb tgk muka kalut aku, dia lepaskan without saman... alhamdulillah.
Actually aku pun tgh risau sbb budak2 kat rumah tgh demam panas. Kalau demam tu satu cerita, tak nak makan tu yg buat aku lagi risau. Makin kurus anak2 aku. Aku terbayang mcm ni agaknya perasaan mak abah aku masa aku demam dulu. Bila baca Harmoni edisi hari ibu ni, aku teringat nak wish mak aku Selamat Hari Ibu. Terima Kasih banyak2 mak kerana jadi mak yg paling penyayang, penyabar, pendorong, dan yg paling empuk utk kami semua anak2 emak.... We love u so much!
